salam

BOLEH HUBUNGI SAYA 0122606173 ATAU E MAIL kamarmajid@yahoo.com atau mengisi BORANG PESANAN DI BAWAH SEKALI JIKA ANDA INGIN MEMBELI PRODUK 4LIFE

Tuesday, March 30, 2010

APA ITU TRANSFER FACTOR



Transfer Factor Malaysia - Produk 4Life
Syarikat 4Life Research Incorporated, USA mengeluarkan beberapa produk hebat berasaskan transfer factor. Transfer Factor mewakili paradigma baru dalam bidang permakanan dan penjagaan kesihatan. Transfer Factor merupakan kuasa besar dalam penjagaan sistem imun.

Apa itu transfer factor?

Transfer factor adalah molekul pembawa maklumat halus yang memindahkan maklumat imuniti dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti di antara ibu yang menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Transfer factor terkandung di dalam kolostrum susu ibu (bagi mamalia) dan kuning telor (bagi burung dan reptilia). Klik DI SINI untuk maklumat asas yang lebih terperinci tentang transfer factor.

Apa itu kolostrum?

Kolostrum adalah susu awal ibu yang diperolehi dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas bersalin. Selain dari mengandungi berbagai nutrien untuk kesihatan bayi, ia juga mengandungi transfer factor.

Apakah sejarah di sebalik transfer factor?

Pada tahun 1949 Dr. H Sherwood Lawrence, ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk kering (TB), mendapati bahawa kecerdikan sistem imun individu yang sudah pulih dari penyakit boleh dipindahkan kepada individu lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia dijalankan dengan menggunakan molekul halus yang diekstrak dari sel darah putih pesakit berkenaan. Dr. Lawrence menamakan molekul halus tersebut sebagai transfer factor.

Apakah yang mendorong para saintis mencari transfer factor di dalam kolostrum?

Melalui pengamatan, didapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu awal ibu akan mati tidak berapa lama selepas dilahirkan walaupun diberi makanan lain. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah puncanya. Para pengkaji mendapati bahawa anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem imun yang terbentuk dan tidak mengenali rupabentuk kuman, virus, kulat dan sebagainya. Dengan adanya transfer factor, sistem imun anak lembu dapat mengenali musuhnya lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.

Apakah usaha untuk mengekstrak transfer factor dari kolostrum berjaya?

Ya. Pada tahun 1989 dua orang penyelidik, Dr. Gary Wilson dan Dr. Greg Paddock berjaya mengekstrak transfer factor dari kolostrum dengan menggunakan satu teknik ekstrak yang unik. Melalui teknik tersebut, yang kemudian telah dipatenkan di bawah Paten US 4,816, 563, transfer factor tulen berjaya diekstrak dari kolostrum, dikeringkan dan dijadikan kapsul untuk kegunaan orang ramai secara oral.

Mengapa kolostrum lembu dipilih sebagai sumber transfer factor?

Lembu mempunyai sumber susu awal yang sangat banyak. Kesesuaian transfer factor tidak terhad untuk spesies (jenis) yang sama sahaja. Oleh itu transfer factor yang diperolehi dari lembu sesuai untuk digunakan oleh manusia dan spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran alam sekitar seperti kotoran, kuman ,virus, hama, kulat dan sebagainya menjadikan sistem imunnya jauh lebih kuat dari manusia. Ini bermakna transfer factor dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kecerdikan" dalam mendidik dan merangsang sistem imun.

Apakah yang dimaksudkan dengan "kecerdikan" transfer factor?

Setiap manusia dan haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar, yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Sistem imunlah yang bertindak sebagai benteng bagi melindungi kita dari musuh-musuh ini. Apabila musuh datang menyerang, gambaran rupa musuh akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang diberi nama transfer factor. Transfer factor bertindak sebagai 'kamera penyimpan maklumat' rupabentuk musuh tersebut. Maklumat tersebutlah yang dirujuk sebagai "kecerdikan" transfer factor. Apabila musuh datang menyerang lagi, sistem imun mudah mengenali mereka.

Apakah Transfer Factor berkesan dan selamat dimakan?

Ya. Pada tahun 1999 keberkesanan dan keselamatan penggunaan transfer factor sebagai permakanan tambahan telah disahkan oleh beribu-ribu kajian klinikal di seluruh dunia. Para saintis mulai memahami implikasi besar terapi Transfer Factor di dalam menentukan kesihatan bukan hanya generasi masa kini malah masa hadapan.

Adakah Transfer Factor disokong oleh data saintifik?

Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian klinikal dan rencana (dalam jurnal "peer-reviewed") yang diterbitkan mengenai Transfer Factor. Beratus-ratus orang doktor dan saintis ternama dan dihormati di peringkat antarabangsa, yang berasal dari lebih 70 buah negara, telah mengesahkan keberkesanan dan keselamatan penggunaan Transfer Factor. Semenjak 50 tahun yang lalu, lebih dari 40 juta Dollar US telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan data kajian menunjukkan bahawa Transfer Factor menawarkan faedah imun yang luar biasa.

Kalau Transfer Factor begitu hebat kenapa para doktor tidak memberinya kepada pesakit mereka?

Terdapat ramai doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mulai mengguna dan mengesyorkan Transfer Factor kepada pesakit mereka. Transfer Factor juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu buku yang menjadi panduan dan rujukan para doktor untuk mengesyorkan ubat. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit yang menggunakan Transfer Factor serta pengesyoran dari para doktor.

Jika transfer factor ada di dalam kolostrum, kenapa tidak ambil sahaja kolostrum?

Kolostrum hanya mengandungi sedikit transfer factor. Anda perlu mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg transfer factor. Ini bermakna satu kapsul Transfer Factor sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum. Kolostrum juga mengandungi protein sistem imun (antibodi), yang hanya sesuai untuk anak lembu, yang boleh menyebabkan alergi kepada manusia. Transfer Factor tidak menyebabkan alergi kerana ia tidak mengandungi protein tersebut dan sesuai untuk semua spesies (termasuk binatang peliharaan yang lain).

Saya rasa saya cukup sihat, perlukah saya mengambil Transfer Factor?

Transfer Factor mendidik sistem imun untuk mengenali dan sentiasa bersedia menghadapi musuh yang datang menyerang pada setiap saat. Sistem imun bekerja tanpa henti dan kadangkala terpaksa berkerja "overtime" untuk melindungi diri kita dari sebarang bahaya. Proses penuaan dan kehidupan di zaman moden menjejaskan fungsi sistem imun dan ia perlu disegarkan semula agar terus dapat melindungi diri kita.

Adakah saya masih perlu mengambil Transfer Factor jika saya sudah pun menerima maklumat sistem imun ketika saya bayi?

Transfer factor yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita menghadapi cabaran pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru sedangkan sistem imun kita masih dengan "kecerdikan" lama serta semakin lemah akibat penuaan. Memperkasakan sistem imun merupakan langkah terbaik untuk kesihatan sepanjang hayat.

Apakah penyakit yang Transfer Factor boleh bantu menyembuhkannya?

Semua penyakit dalam kategori jangkitan viral, penyakit berparasit, penyakit malignan, penyakit mikobakterial, penyakit bakterial, jangkitan fungus (kulat), penyakit autoimun dan penyakit neurologikal; dari yang ringan seperti selsema kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, alergi dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem imunnya sudah kalah. Transfer Factor akan mengejutkan sistem imun dari tidur dan merangsangnya untuk melawan mikro-organisma yang menyebabkan penyakit tersebut.

Bolehkah seseorang yang alergik kepada susu atau laktosa mengambil Transfer Factor?

Seperti yang diterangkan di atas, Transfer Factor tidak menyebabkan sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (laktosa). Semua itu telah diasingkan oleh teknologi ekstraksi canggih milik syarikat 4Life Research Incorporated, yang terkandung dalam Transfer Factor adalah pati molekul "kecerdikan" atau "IQ" sistem imun.

Kekuatan 4Life Transfer Factor


No comments:

Post a Comment